B A D A L H A J I

Syaza Travel & Tours Sdn Bhd

Azam untuk melakukan badal haji - Badal Haji Syaza Travel

Azam untuk melakukan badal haji

April 6, 2024 admin 0 Comments

Di manalah syurga kalau bukan di bawah tapak kaki seorang ibu. Apalah erti pengorbanan kalau bukan seorang ayah yang membanting tulang seharian demi mencari sesuap nasi. Sibuk menjamin kesejahteraan keluarga, mereka mengorbankan peluang mereka untuk berkunjung ke Tanah Suci. Tidak Pernah Mengerjakan Ibadah Haji & Umrah. Segalanya demi mendahulukan perbelanjaan untuk anak-anak yang dikasihi. Apabila usia mereka sudah sampai ke waktu senja, mereka sudah tidak lagi punyai kudrat atau masa untuk menjalankan ibadat Haji mahupun umrah. Kemudian mereka pergi menghadap Yang Esa, sebelum sempat mereka merasai kemanisan beribadat di Tanah Suci. Sebagai anak yang soleh atau solehah, kita perlulah memastikan kesejahteraan mereka di akhirat kelak. Dengan upah Haji, dapatlah kita membantu mereka untuk melengkapkan rukun Islam yang ke lima walaupun setelah mereka pergi meninggalkan kita. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang beriman. InsyaAllah.

leave a comment