Author name: admin

Uncategorized

APA ITU UMRAH DIY?

DIY itu dalam bahasa English bermaksud : Do It Yourself Kenapa dipanggil Umrah DIY? Kebiasaan orang akan pergi ke Mekah dan Madinah untuk menunaikan ibadah umrah mengikut agensi pengendali umrah. Semua urusan sebelum dan ketika berada di tanah suci Mekah dan Madinah akan diurus oleh agensi berkenaan. Berbeza dengan Umrah Diy, semuanya diuruskan sendiri oleh individu yang ingin menunaikan umrah. Bermula dari tempahan tiket penerbangan, tempahan hotel penginapan, mendapatkan visa umrah, menepah kenderaan untuk pergerakan di sana nanti, atur jadual sepanjang keberadaan di tanah suci, dan sebagainya sehinggalah pulang ke Malaysia semula. Semua urusan adalah diatur sendiri, tiada mutawwif atau pegawai yang akan menguruskan seperti syarikat travel lain. Sebab utama bersusah-susah begitu rupa adalah untuk penjimatan yang lebih, lebih-lebih lagi jika pergi dengan keluarga yangramai. Jika kumpulan keluarga tersebut terdiri dengan ramai kanak-kanak, memang sangat menjimatkan berbanding jika pergi dengan agensi pelancongan. Walaubagaimanapun jika anda membuat tempahan dengan laman web EZIUmrah.com ini,  anda akan diberi tunjuk ajar dan bimbingan supaya tempahan anda akan jadi tepat dan kemas seperti  sepatutnya untuk pakej umrah biasa tanpa tambahan cas. Anda juga akan sentiasa dipantau selama berada di tanah suci oleh pihak muassasah dan pegawai-pegawai kami yang bertugas di sana. Kami akan sentiasa mudah dihubungi sekiranya ada apa-apa masalah terjadi dan akan mengambil tindakan  susulan yang perlu dengan cepat dan tepat.

Uncategorized

Khidmat Upah Umrah

Kami menawarkan perkhidmatan Upah Umrah bagi orang yang telah meninggal dunia ataupun uzur. Badal Umrah (upah umrah) ini akan dilaksanakan oleh kami atau petugas-petugas Malaysia yang berada di Mekah dan Madinah. Proses Perlaksanaan:- Haji dan Umrah  diwajibkan ke atas manusia sekali seumur hidup jika mampu. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 196 : وَأَتِمُّواْ ٱلۡحَجَّ وَٱلۡعُمۡرَةَ لِلَّهِ “Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah” Begitu juga daripada Ibnu Umar RA yang berkata : Rasulullah SAW bersabda, Islam didirikan di atas lima tunjang : (HR Al-Bukhari dan Muslim) Upah : RM 550 seorang Semoga Allah terima dan mengurniakan u

Uncategorized

Umrah DIY atau bersama mutawif?

SOALAN: Ustaz, saya pernah terbaca sebahagian umat Islam mengerjakan umrah secara sendirian atau disebut umrah DIY (Do it yourself). Mana satu lebih baik antara umrah DIY dan umrah bersama mutawif? JAWAPAN: Jika seseorang itu yakin dengan ilmu yang dipelajarinya, mahir dari sudut hukum-hakamnya, maka tiada masalah baginya untuk ke Tanah Haram dan melakukan umrah DIY ini. Mungkin dari sudut kosnya lebih murah, boleh bergerak bebas dan sebagainya. Bagaimanapun, jika seseorang itu baru pertama kali hendak ke Makkah dan Madinah, saya nasihatkan agar mengerjakan umrah itu bersama mutawif terlebih dahulu. Ini kerana ibadah umrah meliputi pelbagai hukum yang berkaitan dengannya dan sekiranya dia tidak menguasainya, ia memberi kesan kepada ibadah umrah yang dilaksanakan. Bahkan bukan itu sahaja, Tanah Haram itu sendiri mempunyai hukum yang khusus. Jika bersama mutawif, dia akan diterangkan mengenai selok-belok ibadah umrah selain menerangkan pelbagai cerita atau sirah yang berlaku di sana.

Scroll to Top