Author name: admin

Uncategorized

Lebih ramai jemaah pilih umrah secara DIY

SEMUA umat Islam pasti mengimpikan untuk menunaikan umrah kerana ia adalah antara ibadah yang dituntut dalam agama terutamanya bagi golongan berkemampuan. Sebelum pergi menunaikan umrah di Tanah Suci, setiap pergerakan perlu dirancang terlebih dahulu dan segala persiapan mesti dititikberatkan walaupun sekecil-kecil perkara. Pada zaman sekarang, pelbagai kemudahan disediakan untuk bakal jemaah dan banyak agensi pelancongan dan syarikat pengendali umrah menawarkan pakej yang berpatutan. Hanya perlu memilih pakej bersesuaian mengikut keselesaan dan kemampuan diri. Bagaimanapun, kini lebih ramai jemaah yang memilih dan lebih selesa mengerjakan umrah secara sendiri atau DIY dan ia kini semakin menjadi trend.

Uncategorized

Akad Badal Haji

Akad (Ijab dan Qabul)Sila Lafaskan Akad (Ijab dan Qabul) Badal Haji atau Umrah seperti berikut. Ijab dan qabul ini dilakukan sebagai salah satu persetujuan di antara bakal pelaksana dengan pihak yang diwakilkan dan merupakan salah satu syarat badal haji yang wajib dipatuhi. Waris si mati atau pihak yang mewakilkan:“Aku mewakilkan Syaza Travel & Tours Sdn Bhd untuk mengerjakan fardhu haji bagi diriku/ ibuku / bapaku / suamiku / isteriku / anakku pada tahun ini kerana Allah Taala”.

Uncategorized

Umrah secara DIY terdedah tiga risiko

Kerajaan Arab Saudi hanya memberikan visa pelancongan untuk rakyat Malaysia dan Brunei mengerjakan umrah. – Foto hiasan   Kuala Lumpur: Bakal jemaah yang ingin mengerjakan umrah secara sendiri (DIY) yang kini semakin menjadi trend, mungkin terdedah kepada sekurang-kurangnya tiga risiko terutama dalam isu membabitkan kematian, masalah kesihatan dan kes hilang di Tanah Suci. Difahamkan, sekitar 5,000 jemaah dari negara ini melaksanakan ibadat umrah secara sendiri atau DIY tahun ini dan jumlah itu bakal meningkat apabila visa pelancongan mengerjakan umrah boleh dimohon individu menerusi dalam talian. Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata penilaian risiko berkenaan jarang diperhalusi kerana kebanyakan jemaah yang kaedah itu lebih memberi perhatian kepada kos yang didakwa lebih murah berbanding menggunakan agensi. “Ada macam-macam alasan jemaah pergi dengan diuruskan sendiri. Ada yang inginkan keselesaan, iaitu waktu yang fleksibel tanpa perlu ikut jadual diatur oleh agensi umrah. “Selain itu, ada yang mahu jimatkan kos dengan menempah hotel dan tiket kapal terbang beberapa bulan lebih awal untuk dapat harga lebih murah. “Inilah masalahnya bila mereka tak nampak ada perkara yang tak diduga berlaku misalnya dalam kes jemaah hilang, sukar untuk jejaki mereka,” katanya kepada BH. Teliti risiko kecemasan  Sehubungan itu, Razali menyarankan bakal jemaah membuat pertimbangan rapi dari segi risiko kecemasan sekiranya membabitkan perjalanan sendirian atau dalam kumpulan kecil. Ada dua kelompok jemaah yang memilih umrah DIY, pertama yang laksanakan ibadat itu sendiri atau dalam kumpulan kecil yang biasanya membabitkan kalangan ahli keluarga dan rakan terdekat. Selain itu, katanya, ada pengusaha umrah tanpa lesen dikesan giat mendapatkan pelanggan untuk menjalankan umrah DIY dengan menawarkan harga lebih rendah. Mengenai aspek keselamatan, Razali berkata, kelebihan menggunakan agensi berdaftar membolehkan pergerakan jemaah lebih terkawal dengan pemantauan dibuat secara berkala. “Selain ada yang hilang mengejut atau sakit yang menyukarkan bantuan diberikan, ada yang tidak tahu selok-belok di Tanah Suci dan siapa perlu dihubungi. “Jika nak minta bantuan konsulat Malaysia di Jeddah pun akan mengambil masa dan ada proses tertentu perlu dilakukan kerana hal ini membabitkan perundangan Arab Saudi. “Begitu juga jika ada jemaah yang tiba-tiba jatuh sakit dan perlukan rawatan segera. Memang dalam visa termasuk sekali insurans, tetapi jika ikut rombongan pengendali umrah, mereka ini tahu di hospital mana untuk dihantar serta perkara lain yang perlu diuruskan,” katanya. Mengenai urusan pemergian tanpa menggunakan agensi, Razali berkata, kebanyakan mereka pergi ke Tanah Suci menggunakan visa pelancong. “Kalau ikutkan DIY ini salah. Jemaah mesti pergi dengan syarikat umrah berlesen. Tetapi, kebanyakan mereka (jemaah pergi secara DIY) akan mohon visa pelancong. Jadi, bagi tujuan pelancongan, ia tak menjadi kesalahan,” katanya. Malah, katanya, Kerajaan Arab Saudi juga tiada halangan bagi ibadat umrah secara sendiri membabitkan mana-mana negara dengan proses memohon visa juga lebih mudah secara dalam talian. “Lebih mudah sekarang kerana visa boleh mohon sendiri secara dalam talian. Malah, mereka yang mohon visa pelancong juga boleh buat umrah. “Umrah dalam bahasa Arab ialah ziarah, jadi visa pelancong seakan visa umrah juga,” katanya. Kerajaan Arab Saudi memberikan visa pelancongan untuk rakyat dua negara sahaja, iaitu Malaysia dan Brunei sekitar 2018 sehingga sekarang untuk mengerjakan umrah.

Uncategorized

Siapa Pelaksana Badal Haji

Siapa yang bakal membantu dalam melaksanakan Badal Haji?Ibadah badal haji tersebut dilakukan oleh mereka yang telah biasa melakukan ibadah badal haji serta penduduk dan pejalar-pelajar Islam di Madinah dan Mekkah.

Uncategorized

Adakah anda berhajat untuk menunaikan umrah DIY ?

Adakah anda berhajat untuk menunaikan umrah, tetapi tidak dapat mencari tarikh yang sesuai dengan jadual anda yang padat? Adakah anda menghajati pengalaman umrah yang ANDA sendiri aturkan jadualnya ketika di Tanah Suci? Atau anda ingin memilih hotel yang bersesuaian dengan bajet dan juga selesa untuk menginap bersama seisi keluarga? Syaza Travel & Tours memperkenalkan EZiumrah! Anda boleh memilih sendiri penerbangan, jadual, penginapan dan kenderaan untuk bergerak di Tanah Suci yang anda inginkan ketika menunaikan umrah! Malah khidmat kursus umrah turut disediakan secara private! Lebih mudah untuk anda dan seisi keluarga untuk faham sepenuhnya tentang selok-belok menunaikan umrah! Untuk maklumat yang lebih lanjut, hanya klik pautan di bawah: http://www.eziumrah.com ATAU WhatsApp kami di UMRAH PRIVATE: http://eziumrah.wasap.my ATAU Datang sendiri ke Pejabat Kami : SYAZA TRAVEL & TOURS SDN BHD (767327-A) ISO 9001:2008 Certified Company No 18/AF & 18/M, Jalan Kosas 1/5, Taman Kosas, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia.  

Uncategorized

Hikmah Melakukan Badal Haji

Memberi peluang kepada orang sakit yang tidak ada harapan sembuh dapat mengupah orang lain mengerjakan haji bagi pihaknya.Orang tua yang hilang upaya dapat mengupah orang lain menegerjakan haji bagi pihaknya.Memberi peluang kepada anak atau ahli keluarganya berbakti kepada ibu bapa atau keluarga yang telah meninggal dunia.

Uncategorized

Pengertian Badal Haji

Apa Itu Upah Haji atau Badal Haji?Ibadah Badal Haji adalah bermaksud upah haji yang dibenarkan oleh Islam bagi mereka yang telah uzur atau telah meninggal dunia.Jika seseorang itu belum mengerjakan ibadat haji ketika hidup sedangkan ia mampu, maka wajib bagi warisnya mengerjakan badal haji untuknya dari harta pusakanya. Jika dia belum mengerjakan ibadat haji kerana tidak mampu, maka adalah sunat bagi warisnya mengerjakan badal haji untuknya dari harta pusakanya, atau dari harta si waris itu sendiri.

Uncategorized

Pengertian Umrah DIY

Apa Itu Umrah DIY?Umrah DIY bermaksud anda merancang sendiri perjalanan umrah tanpa menggunakan khidmat agensi pelancongan. Anda sendiri yang membeli tiket penerbangan, mengurus visa, memilih hotel, mengatur pengangkutan di Arab Saudi dan jadual perjalanan umrah anda.

Uncategorized

Beza antara Visa Umrah & Visa Pelancong

Keliru Visa Umrah dan Visa Pelancong. Apa Perbezaan Antara Kedua-duanya ? Ini Jawapannya Bermula 27 Sep 2019 rakyat Malaysia sudah boleh datang terus ke Arab Saudi menggunakan visa pelancong tanpa perlu mendapatkan kelulusan visa dari kedutaan Saudi di Malaysia walaupun anda datang dengan tujuan mengerjakan ibadah Umrah. Jadi, mungkin ramai tertanya-tanya. Apakah perbezaan antara dua jenis visa ini, dan apakah kelebihan atau kekurangan antara visa ini? Visa Umrah Kita mulakan dengan visa umrah yang telah lebih terdahulu diperkenalkan. Sesuai namanya, visa ini hanya sah untuk umrah sahaja. Dengan menggunakan visa ini, pelawat hanya boleh memasuki Bandar Jeddah serta Kota Mekkah dan Madinah sahaja. Jadi, untuk melancong ke kawasan lain tak boleh. Sesuai dengan tempoh Umrah, sah laku bagi visa ini hanyalah 30 hari. Tiada had umur dikenakan bagaimanapun, wanita bawah 45 tahun memerlukan mahram bagi mendapatkan kelulusan untuk visa ini. Sesuai dengan situasi endemik COVID-19 sekarang, pemohon bagi visa ini perlu menyerahkan bukti vaksin. Tiada Had Umur Tujuan hanya untuk umrah sahaja. Hanya boleh melawat Jeddah, Mekah dan Madinah Sah laku 30 hari. 30 hari per entry. Tempahan permit umrah & raudah dibuat secara berkumpulan. Jika ada yang uzur, akan terlepas dari slot tempahan. Perlu Mahram untuk wanita bawah 45 tahun. Perlu bukti vaksinasi meningitis Meninggococcal SOP Umrah Terbaru Tiada Had Umur Tidak perlu vaksin dan boleh tunai umrah sekiranya negatif Covid-19 Tidak perlu PCR atau RTK tidak lagi perlu dikuarantin Jemaah yang berumur 5 tahun ke atas boleh mendapatkan permit umrah daripada Aplikasi Eatmarna. Kanak-kanak di bawah umur 5 tahun boleh menemani ibu bapa untuk solat di Dua Masjidil Haram. Topeng dan penjarakan sosial tidak lagi diperlukan di tempat awam. Jemaah haji kini boleh membuat pra-tempah permit Umrah melalui salah satu daripada permohonan berikut: Eatmarna atau Tawakkalna. Visa Pelancong Bagaimana pula dengan visa pelancong ? Yuran untuk visa pelancong ini adalah SAR440. Berbeza dengan visa umrah, akses ke Arab Saudi menggunakan visa ini lebih luas dan banyak pilihan. Antara pintu masuk yang dibenarkan termasuklah Riyadh dan Dammam, selain Jeddah dan Madinah. Ada dua cara untuk mendapatkan visa ini iaitu e-visa ataupun visa on arrival. Dinasihatkan untuk menggunakan e-visa dari visa on arrival untuk mengelakkan masalah setelah tiba di pintu masuk Saudi nanti. Kredit : EziUmrah Berbeza dengan visa umrah, kaum wanita di bawah 45 tahun tidak perlu ditemani mahramnya. Sahlaku untuk visa ini pula lebih lama iaitu 90 hari. Visa ini sah untuk ke seluruh Arab Saudi, bagaimanapun individu bukan Muslim tidak dibenarkan masuk ke Mekah dan Madinah. Ini juga sesuai bagi sesiapa yang ingin membuat umrah secara sendiri. Permohonan visa secara atas talian. Bahasa mudahnya Umrah DIY. Kerajaan Saudi telah membuka visa pelancong pada 27 September 2019 kepada 49 buah negara termasuk Malaysia. Boleh apply melalui online https://visa.visitsaudi.com. Boleh berada 3 bulan (90 hari) di dalam Saudi. Kos visa ini adalah SR300 dan tambahan SR140 untuk medical insurance (lebih kurang RM500 seorang) Pelancong Islam boleh mengunakan visa ini memasuki Makkah & Madinah untuk menunaikan umrah kecuali pada musim haji Pelancong bukan islam boleh juga masuk Saudi menggunakan visa ini. Mereka tidak dibenarkan memasuki tanah haram Makkah & Madinah. Berita baik juga untuk wanita kerana tidak memerlukan Mahram. Mesti berumur 18 tahun dan ke atas. Visa pelancong tidak boleh digunakan untuk bekerja. Arab Saudi dah senaraikan Malaysia sebagai salah satu dari hanya 7 negara Asia yang dibenarkan masuk ke Saudi menggunakan visa pelancongan yang membenarkan pelancong mengerjakan umrah, maka mudah lah pemegang passport Malaysia untuk mengerjakan umrah secara DIY selepas ni. Boleh atur perjalanan sendiri. Semoga kelebihan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh rakyat Malaysia. Indonesia pun tak boleh guna visa pelancong ni. Cara Apply e-Visa Arab Saudi Prosesnya sangat mudah melalui portal online sahaja. Bagi sesiapa yang berhajat, boleh cuba sendiri dan nikmati percutian ke seluruh daerah saudi + paling best, visa tersebut juga boleh untuk menunaikan Umrah. Sedikit tatacara permohonan eVisa di web: Daftar log in – sangat secure web tersebut kerana mempunya verification code dan had masa.Gambar mestilah jelas dan latar belakang putih (standard pic passport nak g umrah, dlm format JPEG) Isi maklumat peribadi dan passport lengkap. Maklumat tarikh expected arrival – jangkaan ketibaan Tujuan melancong, samaada atau keseluruhannga untuka) event, b) family& relatives, c) leisure, d) umrah Maklumat menetap di saudi: Hotel atau residential.Medical insuranceTerm and conditionReview applicationPAYMENT: thru debit @ credit card . Settle dan tunggu proses untuk granted visa dalam tempoh yang ditetapkan. (depands, ada yang dapat dalam tempoh 1 hari bekerja) Bagi sesiapa yang mempunyai kenalan atau ahli keluarga di bumi Saudi, inilah masanya untuk menjadi tetamu mereka. Cepat apply sebelum visa tersebut ditutup atau dihadkan. Selamat berumrah dan musafir. Kredit : Tripfez Cara Apply e-Visa Arab SaudiProsesnya sangat mudah melalui portal online sahaja. Bagi sesiapa yang berhajat, boleh cuba sendiri dan nikmati percutian ke seluruh daerah saudi + paling best, visa tersebut juga boleh untuk menunaikan Umrah. Sedikit tatacara permohonan eVisa di web: Daftar log in – sangat secure web tersebut kerana mempunya verification code dan had masa.Gambar mestilah jelas dan latar belakang putih (standard pic passport nak g umrah, dlm format JPEG) Isi maklumat peribadi dan passport lengkap. Maklumat tarikh expected arrival – jangkaan ketibaan Tujuan melancong, samaada atau keseluruhannga untuka) event, b) family& relatives, c) leisure, d) umrah Maklumat menetap di saudi: Hotel atau residential.Medical insuranceTerm and conditionReview applicationPAYMENT: thru debit @ credit card . Settle dan tunggu proses untuk granted visa dalam tempoh yang ditetapkan. (depands, ada yang dapat dalam tempoh 1 hari bekerja) Bagi sesiapa yang mempunyai kenalan atau ahli keluarga di bumi Saudi, inilah masanya untuk menjadi tetamu mereka. Cepat apply sebelum visa tersebut ditutup atau dihadkan. Selamat berumrah dan musafir.

Uncategorized

Hukum Berkaitan Badal Haji

SOALAN: Apakah hukumnya dalam Islam mengerjakan badal haji untuk orang yang sihat dan berkemanpuan dari segi fizikalnya lalu meninggal dunia? JAWAPAN: بسم الله الرحمن الرحيمالحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله Merujuk kepada soalan saudara hukum mengerjakan haji untuk orang lain dinamakan badal haji (upah haji). Hukumnya diharuskan oleh Syarak menurut jumhur fuqaha berdasarkan hadith daripada Nabi ﷺ: – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ أَبِي بِشْرٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ -رضي الله عنهما-: “أَنَّ امْرَأَةً مِنْ جُهَيْنَةَ جَاءَتْ إِلَى النَّبِيِّ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- فَقَالَتْ: إِنَّ أُمِّي نَذَرَتْ أَنْ تَحُجَّ فَلَمْ تَحُجَّ حَتَّى مَاتَتْ، أَفَأَحُجُّ عَنْهَا؟ قَالَ: نَعَمْ حُجِّي عَنْهَا، أَرَأَيْتِ لَوْ كَانَ عَلَى أُمِّكِ دَيْنٌ أَكُنْتِ قَاضِيَةً؟ اقْضُوا اللَّهَ، فَاللَّهُ أَحَقُّ بِالْوَفَاءِ”.Maksudnya: Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA : Seorang wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah ﷺ dan berkata: “Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk menunaikan haji, apakah aku perlu menunaikan haji bagi pihaknya?”. Jawab Baginda : “Ya,tunaikanlah haji untuknya. Apa pandangan kamu kalau ibu kamu berhutang, apakah kamu perlu melunaskannya?”. Jawabnya : “Ya”. Sabda Baginda : “Tunaikanlah hutang Allah dan hutang Allah lebih berhak untuk dilunaskan. Hadis riwayat al-Bukhari, Ahmad dan An-Nasaie Hadith di atas menjelaskan boleh melaksanakan haji bagi pihak yang telah meninggal dunia walaupun tidak diwasiatkan olehnya untuk berbuat demikian. Nabi juga membuat perbandingan antara orang yang melunaskan haji yang belum dikerjakan sama melunaskan hutang yang belum dibayar oleh seseorang yang meninggal dunia.Badal haji atau ganti haji bermaksud seseorang yang telah melakukan haji untuk dirinya lalu melaksanakan haji untuk orang lain sama ada seseorang yang telah meninggal dunia atau sakit yang tiada harapan sembuh untuk melakukan ibadah haji ke tanah suci, sama ada dengan upah atau tidak. PAHALA BADAL HAJI Apabila badal haji dilaksanakan dengan sempurna, kesemua pihak yang terlibat samada yang mengeluarkan belanja atau mengerjakanya akan beroleh ganjaran pahala dari Allah SWT.Dari Ibni Abbas berkata,  “Sesiapa yang mengerjakan haji bagi pihak orang yang meninggal dunia maka ditulis bagi orang yang meninggal dunia satu haji dan orang yang mengerjakannya mendapat tujuh haji” Dalam satu riwayat lain, ” Dan bagi orang yang mengerjakan haji tersebut akan terselamat dari api neraka”. ( Hadis riwayat Abu Zar)

Scroll to Top