J O M B A D A L

Syaza Travel & Tours Sdn Bhd

Aqiqah Dam Qurban - Badal Haji Syaza Travel & Tours

Aqiqah Dam Qurban

April 5, 2024 fara 0 Comments

Kami menyediakan Khidmat Qurban, Aqiqah & Dam di Kota Mekah. Kami mempunyai pengalaman menguruskan di Mekah lebih dari 7 tahun.

KORBAN
============

Bilakah Waktu Perlaksanaan Korban :

Bermula waktu korban setelah terbit matahari pada hari raya Aidil Adha, iaitu pada 10 zulhijjah, dan berlalu waktu setelah terbit matahari sekadar dua rakaat sembahyang hari raya dan dua khutbah yang ringkas, jika disembelih sebelumnya maka tidak sah.

Diriwayatkan oleh Bara’ bin Azib RA bahawa Rasul SAW bersabda :
‘Pertama sekali yang kami mulakan pada hari ini ialah sembahyang hari raya, kemudian kami pulang, kemudian kami menyembelih, sesiapa yang melakukan sedemikian itu ia menepati sunnah kami, dan sesiapa yang sembelih sebelum yang demikian itu maka ia adalah daging yang disedekahkan kepada keluarganya, dan tiada daripadanya sesuatu ganjaran ibadah’.

Berterusan waktu korban hingga akhir hari-hari tasyriq, iaitu selama empat hari.

Riwayat dari Jubair Bin Mut’im: bahawa Rasul SAW bersabda:
‘Hari-hari tasyriq itu semuanya waktu sembelih’.

Walaupun diberikan awal maka kami akan kumpulkan semuanya dan laksanakan pada hari2 tashriq seperti diatas. Ibadah ini akan kami laksanakan selepas persetujuan dan pembayaran dibuat.

Harga bagi seekor kambing ialah RM 600
Harga bagi seekor unta adalah RM4500

AQIQAH
=========

Waktu Aqiqah pula ialah pada hari ke Tujuh selepas dilahirkan anak, itulah sunnahnya. Namun pihak kami bersedia melaksanakan ibadah ini sesegera mungkin selepas pihak keluarga menghubungi kami dan membuat persetujuan dan pembayaran.

Harga bagi seekor kambing ialah RM 600
Harga bagi seekor unta adalah RM4500

Dam (Sembelihan kambing)
=========
Dam adalah dari kesalahan2 ibadah Umrah atau Haji yang dilakukan secara sengaja di sewaktu di Mekah. Apabila terlupa dan pulang ke Malaysia maka kami akan membantu untuk menguruskan Dam itu di sana.

Harga bagi seekor kambing ialah RM 600
Harga bagi seekor unta adalah RM4500

leave a comment