Syaza Travel & Tours Sdn Bhd
Kami menawarkan perkhidmatan Upah Umrah bagi orang yang telah meninggal dunia ataupun uzur. Badal Umrah (upah umrah) ini akan dilaksanakan oleh kami atau petugas-petugas Malaysia yang berada di Mekah dan Madinah.
Proses Perlaksanaan:-
Pendaftaran online/di pejabat.
Pembayaran terus ke akaun atau temujanji.
Pengesahan penerimaan bayaran.
Haji dan Umrah diwajibkan ke atas manusia sekali seumur hidup jika mampu. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 196 :
وَأَتِمُّواْ ٱلۡحَجَّ وَٱلۡعُمۡرَةَ لِلَّهِ
“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah”
Begitu juga daripada Ibnu Umar RA yang berkata :
Rasulullah SAW bersabda, Islam didirikan di atas lima tunjang :
Percaya bahawa tiada tuhan kecuali Allah dan bahawa Nabi Muhammad (SAW) Utusan Allah.
Mendirikan solat
Berpuasa dibulan Ramadhan
Mengeluarkan Zakat
Menunaikan Haji di Baitullah jika kuasa perjalanannya.
(HR Al-Bukhari dan Muslim)
Upah : RM 500 seorang
Semoga Allah terima dan mengurniakan umrah yang maqbul kepada orang yang diumrahkan, Insya-Allah Amin.